Digital Special Collection Portal

Hubungan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dengan keusahawanan : kajian kes belia luar bandar di kawasan Kelantan Selatan


Citation

Maskhariah Samsudin (2017) Hubungan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dengan keusahawanan : kajian kes belia luar bandar di kawasan Kelantan Selatan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar dengan mempergiatkan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dilihat sebagai agen penting pembangunan luar bandar. Walaupun peratus kemiskinan telah dikurangkan secara signifikan tetapi kadar kemiskinan dan pengangguran di luar bandar masih tinggi berbanding kawasan bandar. Kadar pengangguran yang tinggi di luar bandar melibatkan golongan belia amat kritikal. Belia merupakan modal insan negara yang perlu dibangunkan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai peribadi yang unggul. Objektif utama kajian ini ialah ingin memahami sejauhmana Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya menggalakkan pelatih-pelatih PLKK untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan dengan membuka perniagaan sendiri setelah tamat kursus. Oleh itu, penyelidikan ini menggunakan Teori Kemujaraban Diri untuk menerangkan faktor-faktor dan bagaimana Proram Latihan Kemahiran dan Kerjaya dapat menyumbang kepada kemunculan usahawan belia di luar bandar bagi menangani masalah pengangguran di kalangan belia. Penyelidikan ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pendekatan induktif. Responden kajian ini ialah daripada bekas pelatih-pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya. Penyelidikan ini menggunakan analisis tematik. Hasil penyelidikan menunjukkan terdapat 3 faktor yang menggalakkan bekas pelatih-pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya membuka perniagaan iaitu kemahiran teknikal, pendidikan keusahawanan dan pengalaman. Penyelidikan ini mendapati bekas pelatih-pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya yang membuka perniagaan mempunyai kombinasi yang mantap antara ketiga-tiga faktor ini. Kemahiran teknikal ialah ilmu pengetahuan teknikal yang diperolehi melalui latihan praktikal, penempatan pelatih melalui kerjasama dengan syarikat yang telah berjaya, dan kemahiran teknikal dapat memberi idea dan peluang perniagaan kepada pelatih. Manakala pendidikan keusahawanan meliputi pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan dan pengurusan pemasaran. Pengalaman pula didapati penyumbang terbesar kepada kemujaraban diri pelatih-pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya untuk memulakan perniagaan. Penyelidikan ini menyumbang kepada pengetahuan empirikal dari segi penghasilan Model Pendidikan Keusahawanan, dan metodologi penyelidikan secara kualitatif. Manakala sumbangan kepada pengamal atau industri ialah cadangan-cadangan penambahbaikian Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya kepada pihak KESEDAR dan pihak kerajaan. Dicadangkan agar penyelidik akan datang mengkaji tahap kebolehpasaran pelatih-pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya.

Download File / URL

[thumbnail of 13 TESIS%20MASKHARIAH%20..pdf] Text
13 TESIS%20MASKHARIAH%20..pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 10 Mar 2019 03:50
Last Modified: 28 Jun 2022 12:12
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10248
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2