Digital Special Collection Portal

Aplikasi tayammum dalam konteks semasa.


Citation

Lokmal Hakim Che Hassan (2017) Aplikasi tayammum dalam konteks semasa. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Tayammum adalah syariat bersuci yang perlu dimartabatkan. Kajian ini bertujuan mengukur tahap kefahaman terhadap ibadah berkaitan tayammum dan tahap kebolehlaksanaan amalan ini diaplikasikan dalam konteks semasa khususnya dalam musafir dan ketika darurat. Kajian ini turut bertujuan mengenal pasti strategi yang terbaik untuk memartabatkan aplikasi tayammum dalam masyarakat kini. Kelebihan bahan tayammum sebagai alat bersuci mengantikan air juga menjadi fokus pada kajian. Pengumpulan data kajian menggunakan instrumen soal selidik kepada 530 responden dan disokong dengan temubual daripada pihak yang berautoriti yang boleh memberi input, disusuli dengan pemerhatian pengkaji dalam bidang tersebut serta kajian makmal bagi mencapai objektif ke empat (bahan tayammum). Data yang diperolehi dianalisis dengan perisian SPSS versi 17.0 dianalisis dengan menggunakan min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan inferensi. Ujian-t, ANOVA, analisis hubungan Pearson dan Khi-Kuasa Dua juga diguna untuk mentafsir data dan mencari jawapan yang diketengahkan dalam kajian ini. Kajian menunjukkan tahap kefahaman terhadap ibadah tayammum adalah tinggi (73% – 99.2 %) sama ada dalam musafir dan ketika darurat (sakit). Dapatan turut menunjukkan tahap aplikasi tayammum ketika dalam musafir adalah sederhana tinggi (39.6% – 93.6%) dan agak tinggi (82.1% – 97.2%) dalam aplikasi tayammum ketika sakit. Berkaitan strategi terbaik, pengkaji mendapati masyarakat kini amat lemah (6.4% - 56.8%) dalam penentuan madhhab yang mudah dan lebih rasional mengikut situasi hari ini untuk aplikasi tayammum, terutama berkenaan tatacara dan bahan tayammum. Justeru pemilihan aliran madhhab selain Syafii dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dicadangkan berdasarkan beberapa cadangan lain turut dikemukakan antaranya pemilihan bahan terawat. Bahan tayammum yang menjadi fokus kajian mendapati beberapa jenis tanah di permukaan bumi tidak selamat diguna untuk kulit kerana mengandungi bahan arcenic (12-14mg/kg), lead (32-43mg/kg) dan mercury (0.04-0.07mg/kg) yang agak tinggi. Ia boleh menyebabkan kanser dan terbantut genetik kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Berdasarkan kajian yang dilakukan, usaha meningkatkan kefahaman dan tahap aplikasi terbaik tayammum perlu dioptimunkan dengan mengambilkira kesesuaian pensyariatannya di samping memudahkan pengaplikasian dengan bahan terawat dan pemilihan aliran madhhab ASWJ.

Download File / URL

[thumbnail of LOKMAL HAKIM BIN CHE HASSAN.pdf] Text
LOKMAL HAKIM BIN CHE HASSAN.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2017
Number of Pages: 309
Supervisor: Dr. Nur Azuki Bin Yusuff
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10245
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2