Digital Special Collection Portal

Kajian energi surah Al-Fatihah dan Surah Yasin berdasarkan perubahan warna aura.


Citation

Salasiah Omar. (2018) Kajian energi surah Al-Fatihah dan Surah Yasin berdasarkan perubahan warna aura. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Energi atau kekuatan Al Quran berdasarkan warna Aura adalah aspek baru yang perlu dikaji dan diperkembangkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti energi atau kekuatan daripada surah Al Fatihah dan surah Yassin berdasarkan perubahan warna aura. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuasi eksperimen dengan rekabentuk eksperimen Pra Test & Post Test. Peralatan yang digunakan untuk kajian ini ialah Win Aura Machine. Data eksperimen yang diperolehi berupa purata kod warna aura. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah mahasiswa Muslim dan bukan Muslim serta kakitangan Universiti Malaysia Kelantan. Seramai 30 responden berumur diantara 20 tahun ke 40 tahun. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 15 responden Muslim dan 15 responden bukan Muslim. Hasil eksperimen ini menunjukkan purata warna aura yang muncul dikalangan responden Muslim dan bukan Muslim untuk surah Al Fatihah adalah warna hijau. Aura berwarna hijau bermakna penyembuhan dan keseimbangan. Manakala untuk purata warna Aura yang muncul semasa mendengar surah Yassin pula ialah biru untuk responden Muslim dan jingga untuk responden bukan Muslim. Warna Aura biru bermaksud ketaatsetiaan, fokus dan tenang, manakala Aura warna jingga bermaksud kreatif dan bersemangat. Kajian fisiologi untuk tekanan darah, pengaliran oksigen dalam darah dan suhu badan responden semasa dan selepas mendengar kedua surah tersebut tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kajian ini membuktikan bahawa secara saintifik, Al Quran mempunyai energi dan keistimewaan, baik Muslim mahupun bukan Muslim.

Download File / URL

[thumbnail of 41 SALASIAH OMAR.pdf] Text
41 SALASIAH OMAR.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 27 Feb 2019 04:18
Last Modified: 03 Aug 2022 04:51
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10225
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2