Digital Special Collection Portal

Kajian keperluan latihan berkenaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan guru sekolah di Negeri Kelantan


Citation

Nurul Husna Che Hassan (2018) Kajian keperluan latihan berkenaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan guru sekolah di Negeri Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) merupakan salah satu isu yang paling penting dalam sektor pendidikan terutama di sekolah. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan kes kemalangan yang dilaporkan berlaku di sekolah di Malaysia yang menyebabkan bukan sahaja kecederaan, tetapi juga kematian dan kerosakan harta benda sekolah. Justeru, pengetahuan KKP amat diperlukan terutamanya kepada guru yang bertanggungjawab dalam membimbing dan menyediakan budaya KKP terbaik di sekolah. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan latihan dan amalan KKP di sekolah serta menilai dan mengenal pasti kesesuaian aspek KKP yang boleh diterapkan dalam latihan KKP kepada guru sekolah. Kajian ini dilaksanakan melalui tinjauan berbentuk soalan kaji selidik yang mengandungi beberapa bahagian soalan berkaitan 10 aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dibangunkan berasaskan kepada kajian terdahulu. Tinjauan soalan selidik ini melibatkan 400 orang guru sekolah daripada 111 sekolah yang dipilih secara rawak dari 10 daerah di 594 buah di negeri Kelantan. Data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) Versi 24. Kaedah analisis data yang digunakan adalah analisis deskriptif dengan mengambil kira nilai min dan sisihan piawai data yang diperoleh untuk mengenal pasti keperluan aspek latihan dan amalan KKP dalam kalangan guru di sekolah. Manakala, analisis faktor penerokaan digunakan untuk menentukan aspek yang sesuai untuk digunakan dalam modul latihan KKP kepada guru di sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti guru memerlukan latihan KKP di sekolah memandangkan amalan KKP kurang diterapkan di sekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa daripada 10 aspek yang dikaji, hanya 9 aspek sahaja yang bersesuaian untuk digunakan sebagai instrumen bagi latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Namun, semua item yang terkandung di bawah 10 aspek boleh digunapakai dalam latihan KKP di sekolah. Justeru, dominasi keperluan latihan KKP adalah terdiri daripada aspek keselamatan makmal dan bengkel, keselamatan persekitaran sekolah, keselamatan kimia, keselamatan kebakaran, keselamatan psikososial, keselamatan ergonomik, pengenalpastian hazad dan keselamatan fizikal. Secara keseluruhan, kajian ini dapat mengenal pasti aspek yang diperlukan dalam latihan KKP dalam kalangan guru di sekolah. Oleh itu, hasil kajian ini memberi satu impak yang sangat besar dalam sektor pendidikan dalam mewujudkan serta meningkatkan budaya dan persekitaran yang selamat dan sihat di sekolah.

Download File / URL

[thumbnail of 36 NURUL HUSNA.pdf] Text
36 NURUL HUSNA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2018
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Earth Sciences
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10220
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2