Digital Special Collection Portal

Tumbuhan alam melayu dan prinsip landskap Islam dalam pembentukan model landskap bandaraya Islam


Citation

Nur Hafizah Ramle (2018) Tumbuhan alam melayu dan prinsip landskap Islam dalam pembentukan model landskap bandaraya Islam. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Identiti sesebuah bandar merupakan imej penting yang memaparkan persekitaran, budaya, agama dan juga aktiviti masyarakat tempatan. Senario sebegini memberi keunikan serta identiti tersendiri yang membezakan sesebuah bandar dengan bandar yang lain. Di Malaysia, pembentukan bandar raya Islam telah banyak dipraktikkan pada beberapa bandar, namun kebanyakan bandar Islam yang diwujudkan banyak mempraktikkan reka bentuk landskap Islam di Timur Tengah. Ini telah menunjukkan kelemahan dalam mewujudkan sebuah bandar raya Islam dengan identiti tempatan terutamanya di alam Melayu ini. Kebanyakan kajian terdahulu hanya menekankan aspek reka bentuk serta elemen landskap Islam yang ada di Timur Tengah. Secara tidak langsung, keadaan ini telah membentuk pemahaman masyarakat tempatan bahawa landskap Islam seharusnya diterapkan sebagaimana tempat sejarah Islam itu berkembang (terutamanya di Timur Tengah). Senario ini turut terjadi di bandar Kota Bharu bandar raya Islam yang telah membawa fahaman yang kurang tepat dalam membentuk landskap bandar raya Islam Kota Bharu. Oleh demikian, matlamat kajian ini adalah untuk membentuk satu model landskap bandar raya Islam dengan mengintegrasikan tumbuhan alam Melayu dan juga prinsip landskap Islam. Kajian ini melihatkan empat objektif yang harus dicapai iaitu (i) mengenal pasti ciri-ciri tumbuhan landskap Melayu yang sesuai digunakan di bandaraya Islam khususnya di kawasan tropika, (ii) membentuk model landskap bandaraya Islam yang berteraskan spesis tumbuhan Melayu, (iii) mengenal pasti sama ada prinsip landskap Islam dapat dilihat dari aspek penggunaan tumbuhan landskap Melayu dalam bandar raya Islam dan (iv) mengenal pasti lokasi utama tumbuhan landskap Melayu berdasarkan prinsip dan garis panduan bandar Islam. Empat faktor penting yang ditekankan dalam kajian yang dijalankan di bandar Kota Bharu ialah elemen tumbuhan landskap Islam dan tumbuhan landskap Melayu serta kesesuaian geografi dan iklimnya, prinsip landskap Islam dan prinsip serta garis panduan bandar Islam. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan lima kumpulan responden yang terpilih serta pemerhatian lapangan sebagai data primer dan kajian literatur sebagai data sekunder untuk mendapatkan data bagi menjawab empat objektif kajian. Dapatan kajian ini mendapati tumbuhan landskap Melayu juga dapat digunakan dalam membentuk landskap bandar raya Islam selari dengan sembilan elemen landskap Islam yang ditekankan. Tumbuhan landskap Melayu yang berada dalam kategori spesis hutan tropika mempunyai kelebihan dari aspek kesesuaian geografi dan iklim tempatan dalam melengkapi elemen-elemen landskap Islam. Keserasian ini membantu dalam pemilihan spesis yang dicadangkan dalam pembentukan Model Landskap Bandar Kota. Selain itu, 12 prinsip dan garis panduan bandar Islam digunakan dalam pemilihan spesis yang bertepatan bagi menentukan lokasi bersesuaian agar spesis yang diterapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, apabila prinsip dan garis panduan bandar Islam dapat diterapkan maka dapat melengkapkan serta mengukuhkan lagi elemen dalam pemilihan spesis tanaman landskap Melayu dalam membentuk model landskap bandaraya Islam di Kota Bharu. Hasil kajian dapat memberi sumbangan dalam menjelaskan fahaman masyarakat tentang penggunaan spesis tumbuhan landskap Melayu dalam pembentukan imej sebuah bandar raya Islam.

Download File / URL

[thumbnail of 30 Nur Hafizah Ramle.pdf] Text
30 Nur Hafizah Ramle.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 27 Feb 2019 03:12
Last Modified: 28 Jun 2022 13:17
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10214
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2