Digital Special Collection Portal

Pengaruh psikologi, tingkah laku dan situasi ke atas budaya keselamatan dengan pengaruh moderasi pengetahuan keselamatan dalam kalangan tenaga pengajar Kolej Vokasional Malaysia


Citation

Nor Kamilah Makhtar (2018) Pengaruh psikologi, tingkah laku dan situasi ke atas budaya keselamatan dengan pengaruh moderasi pengetahuan keselamatan dalam kalangan tenaga pengajar Kolej Vokasional Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Budaya keselamatan merupakan satu konsep yang diamalkan di kebanyakan industri untuk mengurangkan potensi kemalangan di tempat kerja. Kajian budaya keselamatan telah dijalankan oleh ramai penyelidik terdahulu di pelbagai sektor pekerjaan bagi mengenal pasti komponen-komponen penting yang mempengaruhi budaya keselamatan. Peningkatan peratusan kes kemalangan dan kecederaan yang berlaku memberikan suatu indikator persekitaran yang tidak selamat di sektor pendidikan Malaysia. Penawaran pelbagai kursus teknologi kejuruteraan di Kolej Vokasional (KV) telah meningkatkan potensi risiko keselamatan kepada tenaga pengajar KV. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik komponen yang mempengaruhi budaya keselamatan dalam kalangan tenaga pengajar KV di Malaysia dalam tiga dimensi utama pengukuran budaya keselamatan iaitu dimensi psikologi, tingkah laku dan situasi. Kajian ini juga menguji pengaruh pengetahuan keselamatan sebagai penyederhana hubungan antara setiap komponen dalam tiga dimensi yang dikaji terhadap budaya keselamatan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang diadaptasi daripada beberapa soal selidik yang telah dibangunkan oleh pengkaji budaya keselamatan terdahulu. Sebanyak 441 borang soal selidik telah diedarkan kepada tenaga pengajar KV seluruh Malaysia yang dipilih melalui kaedah pensampelan pelbagai peringkat. Dengan kadar pulangan soal selidik sebanyak 90%, data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Ver. 24 dan SmartPLS 3.0 untuk analisis deskriptif, model pengukuran, model berstruktur dan pengujian pengaruh penyederhana. Dapatan kajian menunjukkan hampir semua komponen yang dikaji mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan budaya keselamatan. Penilaian model laluan, R2 menunjukkan model kajian menjelaskan 43.5% varian dalam konstruk budaya keselamatan diterangkan oleh komponen-komponen yang dikaji. Pengetahuan keselamatan didapati bertindak sebagai penyederhana hubungan antara peraturan keselamatan dan latihan keselamatan dengan budaya keselamatan. Latihan keselamatan, peraturan keselamatan dan pengaruh rakan sekerja merupakan komponen penting yang perlu diberi tumpuan dalam meningkatkan budaya keselamatan di KV. Arahan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di semua organisasi sektor pendidikan dilihat sebagai satu langkah penting untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai usaha untuk meningkatkan keselamatan di sektor pendidikan.

Download File / URL

[thumbnail of 26 Nor kamilah makhtar.pdf] Text
26 Nor kamilah makhtar.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2018
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10210
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2