Digital Special Collection Portal

Nilai kerja, kesediaan untuk berubah guru dan perubahan budaya kerja organisasi dalam kalangan guru sekolah rendah di negeri Kelantan


Citation

Nik Noraini Raja Abdullah (2018) Nilai kerja, kesediaan untuk berubah guru dan perubahan budaya kerja organisasi dalam kalangan guru sekolah rendah di negeri Kelantan. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferential menggunakan aplikasi SPSS versi 22.0. Kajian ini bertujuan menentukan nilai kerja penting, kesediaan untuk berubah guru dan perubahan budaya kerja organisasi serta impak faktor demografi, nilai kerja dan kesediaan untuk berubah guru terhadap perubahan budaya kerja organisasi dalam kalangan guru sekolah rendah di negeri Kelantan. Seramai 413 orang guru sekolah rendah di negeri Kelantan telah dipilih sebagai responden kajian. Data berkaitan 12 jenis nilai kerja, 6 dimensi kesediaan untuk berubah dan 6 dimensi perubahan budaya kerja organisasi dikumpul menggunakan kaedah soal selidik berstruktur melalui tiga instrumen: instrumen nilai kerja daripada Zakaria Kasa (2005), instrumen kesediaan untuk berubah Holt (2002) dan instrumen perubahan budaya kerja organisasi daripada ′Shared Organizational Schema’ (Lau et al., 2003) yang diterjemah dan digunakan oleh Abdullah et al. (2008). Nilai pekali alpha bagi ketiga-tiga instrumen ini adalah tinggi (0.812 hingga 0.974). Kajian mendapati 5 nilai kerja utama yang penting bagi guru sekolah rendah adalah perkembangan diri (3.43), keselamatan ekonomi (3.42), altruisme (3.41), pencapaian (3.37) dan ganjaran ekonomi (3.33). Nilai kerja didapati berbeza mengikut status perkahwinan, tempoh berkhidmat dan kelulusan akademik. Guru-guru berkahwin mempunyai min nilai kerja yang lebih tinggi berbanding guru bujang/ duda/ janda. Guru-guru berkelulusan sarjana didapati mempunyai min nilai kerja yang lebih tinggi berbanding guru-guru berkelulusan lebih rendah. Guru-guru lama (>20 tahun) mempunyai min nilai kerja yang lebih tinggi berbanding guru-guru baharu (1-5 tahun). Guru mempunyai kesediaan untuk berubah yang tinggi (4.88). Dua dimensi utama dalam kesediaan untuk berubah adalah kewajaran berubah (5.13) dan komunikasi (5.12). Kesediaan untuk berubah guru berbeza mengikut tempoh berkhidmat. Guru lelaki mempunyai min kesediaan untuk berubah (4.83) lebih tinggi berbanding min kesediaan untuk berubah guru perempuan (4.69). Guru-guru baharu mempunyai min kesediaan untuk berubah (4.88) yang lebih tinggi berbanding guru-guru lama (4.85). Dapatan juga menunjukkan min perubahan budaya kerja organisasi yang tinggi (5.21). Dua dimensi utama bagi perubahan budaya kerja organisasi adalah kepuasan kerjaya (5.54) dan impak perubahan (5.36). Perubahan budaya kerja organisasi berbeza mengikut tempoh berkhidmat. Guru-guru baharu mempunyai min perubahan budaya kerja organisasi (5.49) yang lebih tinggi berbanding guru-guru lama (5.35). Nilai kerja didapati mempunyai hubungan yang lemah dan memberi impak yang kecil (8.8% varians) terhadap perubahan budaya kerja organisasi. Dapatan kajian menunjukkan 5 faktor demografi (jantina, status perkahwinan, tempoh berkhidmat, kelulusan akademik, dan gred perkhidmatan) menyumbang sebanyak 3.1% varians dan kesediaan untuk berubah guru pula menyumbang sebanyak 62.3% terhadap perubahan budaya kerja organisasi. Kajian ini memberikan implikasi kepada guru dan semua pihak yang bertanggungjawab merancang dan mengurus perubahan terhadap profesion perguruan dalam usaha memastikan guru mempunyai nilai kerja penting yang berorientasikan perkhidmatan dan terus bersedia untuk berubah. Kesimpulannya, kajian mendapati guru-guru lebih mementingkan nilai kerja berorientasikan keperluan diri berbanding nilai kerja berorientasikan keperluan perkhidmatan. Guru-guru juga didapati mempunyai kesediaan untuk berubah dan perubahan budaya kerja organisasi yang tinggi. Kesediaan untuk berubah merupakan penyumbang yang besar ke atas perubahan budaya kerja organisasi.

Download File / URL

[thumbnail of 21 NIK NORAINI RAJA ABDULLAH.pdf] Text
21 NIK NORAINI RAJA ABDULLAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2018
Subject Heading: Teaching as a profession
Subject Heading: Education and training of teachers and administrators
Subject Heading: Theory and practice of education
Number of Pages: 346
Call Number: LB1775 .N55 2018 tes
Supervisor: Dr. Noor Hisham Bin Md Nawi
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10205
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2