Digital Special Collection Portal

Unsur-unsur dinamisme dalam perubatan tradisional melayu di negeri Kelantan menurut perspektif Islam.


Citation

Mohd Zawawi Mohamad (2018) Unsur-unsur dinamisme dalam perubatan tradisional melayu di negeri Kelantan menurut perspektif Islam. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini melibatkan fenomena unsur-unsur dinamisme dalam kalangan pengamal perubatan tradisional Melayu di negeri Kelantan. Unsur-unsur dinamisme yang menjadi tumpuan perbahasan dalam kajian ini ialah nilai kepercayaan yang melibatkan kuasa penyembuh yang diguna pakai oleh para pengamal perubatan tradisional Melayu dalam sistem perubatan yang diamalkan dalam konteks penggunaan bacaan, bahan-bahan, pancaindera, pantang larang, angka, bilangan, azimat dan sebagainya yang dianggap mempunyai kuasa menyembuhkan keuzuran atau penyakit. Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur kepercayaan dinamisme, dan seterusnya menganalisis tahap kepercayaan terhadap amalan perubatan yang diamalkan oleh pengamal perubatan tradisional Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan kedudukan unsur dinamisme dengan menjadikan akidah Islam sebagai piawaian bagi menganalisis sama ada kewujudan unsur-unsur kepercayaan dinamisme dalam amalan perubatan tradisional Melayu ini boleh diterjemahkan sebagai amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam atau sebaliknya. Kajian ini berbentuk kualitatif, iaitu data kajian diperoleh melalui kaedah kajian kepustakaan dan dokumentasi mengenai perspektif akidah Islam terhadap kepercayaan dinamisme dalam kalangan pengamal perubatan tradisional Melayu. Data juga diperoleh melalui kajian lapangan yang melibatkan temubual dan pemerhatian terhadap informan kajian di negeri Kelantan. Data kajian ini dianalisis secara manual melalui teknik deskriptif dan tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat unsur-unsur kepercayaan dinamisme yang tersendiri diguna pakai oleh para pengamal perubatan tradisional Melayu. Namun begitu, terdapat kesamaan penggunaan unsur-unsur dinamisme terutama yang melibatkan mekanisme kebergantungan penyembuhan daripada bacaan atau kata-kata, bahan dan alatan, tumbuh-tumbuhan, deria, pantang larang dan bilangan atau angka serta azimat. Kajian ini mendapati kepercayaan dan keyakinan terhadap unsur-unsur dinamisme yang dianggap suci dan berkuasa sehingga mampu memberi penyembuhan mutlak kepada sesuatu makhluk atau ciptaan tanpa menghubungkan hakikat penyembuhan mutlak adalah milik Allah SWT dapat menjejaskan akidah Islam dan membawa kepada dosa kerana mensyirikkan Allah SWT.

Download File / URL

[thumbnail of Mohd Zawawi Mohamad.pdf] Text
Mohd Zawawi Mohamad.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 28 Jan 2019 08:51
Last Modified: 15 Aug 2022 06:46
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10198
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2