Digital Special Collection Portal

Peranan gerakan konservatif dan radikal dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu Tahun 1946-1957


Citation

Mohd Abdul Aziz Ahmad (2018) Peranan gerakan konservatif dan radikal dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu Tahun 1946-1957. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan hasil perjuangan dua kumpulan politik Melayu iaitu gerakan konservatif dan gerakan Radikal. Gerakan konservatif membawa idea dan tindakan politik secara sederhana, manakala gerakan radikal membawa idea dan tindakan politik yang radikal. Idea dan tindakan politik yang berbeza daripada dua kumpulan politik Melayu ini telah mendapat reaksi berbeza daripada penjajah British. Sepanjang perjuangan mereka antara tahun 1946 hingga 1957 banyak idea dan tindakan politik mereka yang berperanan mendesak penjajah British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Persoalannya, apakah idea politik gerakan konservatif dan radikal Melayu? Bagaimanakah tindak balas penjajah British terhadap idea politik mereka? Apakah kejayaan idea politik itu kepada kemerdekaan Tanah Melayu? Bertitik tolak daripada permasalahan tersebut, kajian ini dilakukan untuk mengemukakan idea politik, menyatakan reaksi British dan mengenal pasti kejayaan idea politik gerakan konservatif dan radikal. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kajian perpustakaan dilakukan berdasarkan sumber primer dan sekunder. Kedua-dua sumber ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah deduktif untuk merumuskan semua bahan-bahan yang diperoleh. Hasil daripada penyelidikan ini, isu utama dalam idea politik gerakan konservatif dan radikal adalah kedudukan raja-raja Melayu, bahasa Melayu, ekonomi, kerakyatan, dan geografi politik. Idea-idea politik mereka ini dibawa oleh gerakan konservatif dan radikal secara berbeza. Tindakan politik yang berbeza ini telah mendapat reaksi berbeza daripada penjajah British. Gerakan konservatif yang mengambil tindakan sederhana dalam usaha membawa idea politik telah diterima oleh penjajah British melalui rundingan, manakala tindakan keras gerakan radikal ketika membawa idea politik telah mengundang reaksi negatif oleh penjajah British dengan penangkapan pemimpin dan pengharaman parti politik mereka. Setelah mengalami pelbagai dugaan dan cabaran, gerakan konservatif dan radikal kemudiannya berjaya memberi tekanan kepada penjajah British sehingga dapat mencapai kemerdekaan dan menerima idea politik mereka.

Download File / URL

[thumbnail of 12 MOHD ABDUL AZIZ TESIS.pdf] Text
12 MOHD ABDUL AZIZ TESIS.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2018
Subject Heading: Malaysia
Subject Heading: History of Asia
Number of Pages: 146
Call Number: DS597 .M643 2018 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Mokhtarrudin bin Ahmad
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10194
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2