Digital Special Collection Portal

Penerimaan masyarakat Kelantan terhadap pelaksanaan Dasar Membangun Bersama Islam: 1990-2004


Citation

Wan Hasni Wan Ahmad (2019) Penerimaan masyarakat Kelantan terhadap pelaksanaan Dasar Membangun Bersama Islam: 1990-2004. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini merupakan kajian sejarah peradaban Islam yang bertajuk Penerimaan Masyarakat Kelantan terhadap pelaksanaan Dasar Membangun Bersama Islam 1990-2004. Kajian ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada umum bahawa Membangun Bersama Islam (MBI )yang diperkenalkan ini, adakah 60 suatu dasar atau hanya suatu slogan kerajaan Kelantan. Justeru kajian juga dilakukan untuk merungkai aktiviti Islam yang terkandung di dalam MBI dari tahun 1990 hingga tahun 2004 bagi membuktikan bahawa ianya merupakan suatu dasar Kerajaan PAS di negeri ini. Selain itu kajian dilakukan untuk melihat jumlah dan perspektif penerimaan rakyat Kelantan terhadap pelaksanaan MBI antara tahun 1990 sehingga 2004. Bertepatan dengan itu, kajian ini telah menggunakan dua bentuk kaedah kajian iaitu kualitatif dan kuantitatif. Melalui kajian kualitatif data diperolehi melalui temubual terhadap empat responden primer serta kajian dokumen yang melibatkan dokumen primer dan sekunder. Manakala kajian kuantitatif pula, soal selidik digunakan melalui tema-tema yang telah ditetapkan. Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa MBI yang diperkenalkan pada tahun 1990 merupakan suatu “Dasar” kerajaan Kelantan yang berkonsepkan kepada tiga prinsip asas dalam Islam iaitu ubudiyyah, mas‟uliah dan itqan. Melalui pelaksanaan dasar Islam ini terdapat banyak aktiviti Islam yang di telah dilaksanakan. Kajian juga mendapati penerimaan masyarakat Kelantan, khususnya kaum Melayu terhadap aktiviti ini sangat membanggakan, daripada 407 responden yang disoal selidik 380 atau 93.4% responden menerima pelaksanaan aktiviti Islam di dalam MBI. Manakala hanya 27 atau 6.6% responden yang tidak menerima pelaksanaan aktiviti berkenaan. Peratusan penerimaan yang tinggi terhadap aktiviti Islam menggambarkan bahawa rakyat Kelantan menyambut baik pelaksanaan dasar Islam di negeri ini. Namun begitu, penerimaan mereka adalah di sebabkan oleh beberapa perspektif utama, antaranya ialah “Kepimpinan dan Ketokohan Tuan Guru Dato‟ Hj. Nik Abdul Aziz Hj. Nik Mat”,“Perjuangan Islam Menarik Perhatian” serta “Peranan Keluarga”. Oleh itu jelaslah bahawa, walaupun rakyat di negeri ini mempunyai pelbagai fahaman politik dan ideologi kepartian yang berbeza, namun mereka masih boleh menerima dasar Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS di Kelantan 1990-2004.

Download File / URL

[thumbnail of Wan Hasni Wan Ahmad.pdf] Text
Wan Hasni Wan Ahmad.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Subject Heading: Islam and politics
Subject Heading: Economic development
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 26 Aug 2020 01:21
Last Modified: 29 Jun 2022 06:41
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10177
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2