Digital Special Collection Portal

Kefahaman, sikap dan tingkah laku pengguna tandas masjid di Kelantan


Citation

Mohamad Izzat Mohamad Ghani (2019) Kefahaman, sikap dan tingkah laku pengguna tandas masjid di Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Masyarakat Islam di Kelantan sangat kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan tandas masjid. Kajian ini mengkaji sejauh manakah tahap kefahaman, sikap dan tingkah laku pengguna tandas masjid, apakah bentuk hubungan kefahaman, sikap dan tingkah laku pengguna tandas masjid serta apakah faktor yang mempengaruhi tingkah laku pengguna tandas masjid. Metodologi kajian digunakan adalah kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan kepada 353 orang responden iaitu kategori masjid negeri, bandar, jajahan/daerah dan mukim. Item demografi, trait personaliti keperibadian dan tahap personaliti beragama turut disediakan bagi mendapatkan hasil kajian lebih menarik. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman positif adalah tinggi dan tahap kefahaman negatif adalah rendah terhadap kebersihan tandas masjid serta sikap positif adalah tinggi dan sikap negatif adalah rendah. Manakala tingkah laku positif dan tingkah laku negatif pula adalah sederhana. Analisis kolerasi mendapati terdapat hubungan antara kefahaman positif dengan sikap positif (r = 0.52**) dan begitu juga bagi pemboleh ubah negatif (r = 0.58**). Trait personaliti keperibadian didapati mempunyai hubungan antara agreeableness dengan conscientiousness (r = 0.53**). Faktor peramal bagi tingkah laku positif adalah memiliki kemantapan tahap personaliti beragama, semua peringkat umur, berpengetahuan kefahaman negatif, memiliki personaliti keperibadian extraversion dan berpengetahuan kefahaman positif. Peramal tingkah laku negatif pula adalah terhasil daripada sikap negatif dan tiada kemantapan tahap personaliti beragama. Justeru, masyarakat muslim perlu berusaha memartabatkan kehidupan beragama dan meningkatkan kefahaman khususnya dalam usaha memakmurkan masjid termasuklah persekitarannya.

Download File / URL

[thumbnail of Mohamad Izzat Mohamad Ghani.pdf] Text
Mohamad Izzat Mohamad Ghani.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Subject Heading: Mosque|
Subject Heading: Public comfort stations
Subject Heading: Islamic etiquette
Subject Heading: Hygiene, Islamic
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 25 Aug 2020 02:30
Last Modified: 28 Jun 2022 12:16
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10147
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2