Digital Special Collection Portal

Pengurusan maklumat Warisan Tidak Ketara di IWN: satu analisis koleksi seni persembahan Mak Yong


Citation

Mazlina Pati Khan (2019) Pengurusan maklumat Warisan Tidak Ketara di IWN: satu analisis koleksi seni persembahan Mak Yong. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan Institut Warisan Negara (IWN) dalam memelihara dan memulihara maklumat Warisan Tidak Ketara (WTK) melalui strategi pendokumentasian koleksi seni persembahan Mak Yong. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes dengan mengambil kira kaedah penyelidikan secara kualitatif. Data kajian ini diperoleh melalui pelaksanaan pengumpulan data secara temu bual separa struktur terhadap 15 responden kajian yang terdiri daripada kakitangan profesional maklumat yang bertanggungjawab dalam program pembangunan koleksi warisan di IWN. Selain daripada itu, kaedah pengumpulan data secara Analisis Kandungan koleksi juga dijalankan terhadap 521 koleksi Mak Yong yang diselenggara oleh tiga (3) repositori IWN. Data-data yang diperoleh daripada temu bual adalah untuk menjawab objektif kajian iaitu: untuk meneroka peranan yang dijalankan oleh setiap IWN dalam melindungi koleksi seni persembahan Mak Yong dan mengenal pasti strategi pendokumentasian yang dijalankan terhadap koleksi seni persembahan Mak Yong. Manakala data yang diperoleh daripada Analisis Kandungan koleksi pula untuk mengenal pasti koleksi-koleksi yang berkaitan dengan seni persembahan Mak Yong yang didokumentasikan di setiap IWN dengan menggunakan Prinsip Penilaian Seni Persembahan Aristotle’s. Secara keseluruhan, hasil daripada analisis data kajian yang diperoleh mendapati bahawa peranan setiap IWN perlu diperkukuhkan lagi terutamanya aspek pemantapan sistem legislatif dalam pengurusan maklumat warisan, pengurusan maklumat koleksi Mak Yong yang sistematik serta pengurusan sistem professional bagi kakitangan yang terlibat dalam menguruskan maklumat warisan negara. Kajian ini mengenal pasti bahawa koleksi-koleksi Mak Yong yang diselanggara oleh IWN di negara ini masih belum menyeluruh kerana terdapat beberapa elemen seni persembahan Mak Yong yang memerlukan pendokumentasian yang lebih terperinci. Antara maklumat-maklumat mengenai perwatakan, kekaguman, pemikiran, diksi serta bunyi dalam seni persembahan Mak Yong. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti prinsip strategi pendokumentasian koleksi WTK yang boleh dilaksanakan seperti Analisis koleksi, Kerjasama antara pencipta/komuniti, Kerjasama antara agensi, Respon kepada perubahan, Promosi dan advokasi serta menubuhkan Pusat Dokumentasi Warisan yang mampu berfungsi sebagai satu hub pengurusan maklumat warisan di negara ini. Oleh itu, kajian ini mengesahkan bahawa pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Tidak Ketara di negara ini masih perlu di tambah baik dengan mengambil kira pengukuhan peranan IWN yang bersepadu serta pelaksanaan program strategi pendokumentasian maklumat warisan yang berterusan.

Download File / URL

[thumbnail of Mazlina Pati Khan.pdf] Text
Mazlina Pati Khan.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2019
Subject Heading: Makyung (Dance drama)
Subject Heading: Knowledge management
Number of Pages: 432
Call Number: PN2960.I5 M39 2019 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Nik Andika Aziz
Programme: Doktor Falsafah
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10146
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2