Digital Special Collection Portal

Pengaruh lagu Hala dan Tok Wok terhadap tingkah laku dalam Main Pateri


Citation

Mahadi Hussin (2019) Pengaruh lagu Hala dan Tok Wok terhadap tingkah laku dalam Main Pateri. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Main Pateri merupakan satu bentuk perubatan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Bidang tradisional ini menggabungkan seni nyanyian, lakon dan juga tarian. Proses pengubatan bagi penyakit tidak keseimbangan emosi ini menggunakan repertoir khas yang dicipta berdasarkan ‘angin’ pesakit. Bagi masyarakat tempatan perubahan tingkah laku pesakit semasa perubatan dijalankan adalah menandakan kesembuhan kerana angin yang tersekat dapat dilepaskan. Kajian berbentuk kualitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh elemen melodi, tempo dan lirik lagu Hala dan Tok Wok terhadap tingkah-laku pesakit. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan juga dokumen. Model MO (Musematic Occurance) dan borang senarai semak digunakan untuk menganalisis data pemerhatian. Kajian ini menggunakan dua kumpulan informan yang terdiri dari enam orang penggiat Main Pateri dan tiga orang pesakit. Lokasi kajian adalah di daerah Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu. Dapatan kajian menunjukkan elemen muzik iaitu melodi, tempo dan lirik saling membantu antara satu sama lain bagi mengubah tingkah laku pesakit. Dapatan juga mendapati perbezaan jenis tingkah laku pesakit antara lagu Hala dan Tok Wok adalah bergantung kepada melodi, tempo dan lirik. Dapatan juga menunjukkan tingkah laku pesakit dipengaruhi oleh elemen tempo, semakin laju tempo dimainkan maka semakin aktif tingkah laku pesakit. Begitu juga dengan elemen melodi, melodi lagu Hala yang mempunyai karakter melodi yang aktif, tegas dan bertenaga telah membuat tingkah laku pesakit lebih agresif berbanding dengan melodi lagu Tok Wok yang agak moderate. Dapatan elemen lirik juga mendapati lirik bagi lagu Hala dan Tok Wok dapat menyentuh jiwa pesakit yang merubah tingkah laku.Kualiti bunyi alat bermelodi seperti rebab dan serunai telah membantu mempercepatkan perubahan tingkah laku pesakit. Analisis dapatan temubual menunjukkan informan bersetuju bahawa pengaruh elemen muzik telah membuat mereka bergerak secara tanpa disedari. Cadangan penambahbaikan bagi kajian ini adalah dengan mengkaji lagu-lagu lain dari parameter muzik yang berbeza.

Download File / URL

[thumbnail of Mahadi bin Hussin.pdf] Text
Mahadi bin Hussin.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Subject Heading: Spiritual healing
Subject Heading: Shaman -- Main Pateri
Subject Heading: Main Pateri
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 24 Aug 2020 06:28
Last Modified: 28 Jun 2022 12:10
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10143
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2