Digital Special Collection Portal

Kesan ciri-ciri kecemerlangan perhubungan awam dan pematuhan Akta 709 terhadap amalan perhubungan awam


Citation

Azwarni Herni Che Noh (2019) Kesan ciri-ciri kecemerlangan perhubungan awam dan pematuhan Akta 709 terhadap amalan perhubungan awam. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Perhubungan awam memainkan peranan penting dalam mengekalkan kecemerlangan sesebuah organisasi. Namun begitu, kajian terhadap bidang perhubungan awam dan kaitannya dengan undang-undang masih kurang dilaksanakan di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada model kecemerlangan perhubungan awam, model pengaruh peribadi serta pematuhan Akta 709. Objektif kajian adalah untuk mengkaji hubungan ciri-ciri kecemerlangan perhubungan awam dan Akta 709 terhadap amalan perhubungan awam di Malaysia. Kajian yang bersifat kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan terhadap 177 pengamal perhubungan awam yang bertugas di organisasi yang berdaftar dengan Akta 709 di Kuala Lumpur dan Selangor. Dapatan kajian turut membuktikan bahawa ciri-ciri kecemerlangan perhubungan awam dan Akta 709 boleh meramal 50% pelaksanaan amalan perhubungan awam dalam kalangan pengamal perhubungan awam dalam kajian ini. Selain itu, pengaruh peribadi adalah penting dalam amalan perhubungan awam yang berkesan terutama bagi elemen pandangan dan maklum balas individu yang menjadi komponen penting dalam proses komunikasi dengan skor min 4.29 iaitu pada tahap persetujuan yang sangat tinggi. Hasil kajian ini dilihat dapat membantu pengamal perhubungan awam di organisasi berdaftar untuk menjadi lebih efisien.

Download File / URL

[thumbnail of Azwarni Herni binti Che Noh.pdf] Text
Azwarni Herni binti Che Noh.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Subject Heading: Data protection -- Law and legislation
Subject Heading: Privacy, Right of
Subject Heading: Public relations
Subject Heading: Personnel records -- Law and legislation
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 24 Aug 2020 08:46
Last Modified: 23 Jun 2022 03:14
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10135
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2