Digital Special Collection Portal

Metodologi penulisan dan takhrij hadis dalam kitab bersiri “40 Hadis Membudayakan al-Sunnah”.


Citation

Ahmad Mujahideen Yusoff (2019) Metodologi penulisan dan takhrij hadis dalam kitab bersiri “40 Hadis Membudayakan al-Sunnah”. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kitab hadis bersiri “40 Hadis Membudayakan al-Sunnah” (Siri Keenam, Ketujuh & Kelapan) yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ). Kajian ini dilakukan memandangkan terdapat beberapa permasalahan iaitu kitab hadis bersiri ini merupakan karya hadis moden yang baharu diterbitkan dan masih kurang dikenali ramai. Sidang pengarang kitab hadis ini menggunakan metodologi penulisan yang pelbagai dengan terdapatnya keistimewaan dan kekurangan yang tertentu. Selain itu, hadis-hadis yang dinukilkan di dalamnya tidak disertakan dengan takhrij sempurna. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji latar belakang kitab hadis bersiri ini, mengenal pasti metodologi penulisan yang digunakan serta keistimewaan dan kekurangan yang terdapat di dalamnya di samping menganalisis kedudukan hadis-hadis yang telah dikemukakan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang melibatkan pengumpulan data dan penganalisisan data. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi, pemerhatian, temu bual dan induktif. Hasil kajian mendapati kitab hadis bersiri ini merupakan kitab hadis moden yang hebat kerana dihasilkan melalui beberapa kaedah penyediaan tertentu yang memuatkan di dalamnya pelbagai topik perbincangan yang berkait rapat dengan kehidupan seharian masyarakat. Metodologi penulisannya pula terbahagi kepada tiga iaitu pertama metode penyusunan bab tersusun secara sistematik, kedua metode penulisan hadis yang tidak sama dengan mengemukakan dua belas metode penulisan hadis dan ketiga metode huraian hadis yang dihurai dalam susunan dan bentuk yang hampir sama serta mempunyai unsur-unsur kreatif. Terdapat pelbagai objektif yang menggunakan lapan belas sumber. Keseluruhan hadis yang terdapat di dalam ketiga-tiga siri tersebut ialah 522 buah hadis. Namun begitu, hanya 402 buah hadis dari kategori al-Kutub al-Tiscah. Manakala dari sudut kategori maqbul, jumlahnya ialah 372 buah hadis dan jumlah bagi kategori mardud pula ialah 30 buah hadis, manakala sebanyak 319 buah hadis dihukumkan sahih, 53 buah hadis dihukumkan hasan, 26 buah hadis dihukumkan dacif dan 4 buah hadis dihukumkan dacif jiddan. Dari jumlah tersebut, terdapat 101 buah hadis yang mengandungi pelbagai jenis kesalahan. Oleh itu, Jabatan Agama Johor (JAJ) perlu membuat penambahbaikan agar dapat memurnikan lagi kitab hadis bersiri ini.

Download File / URL

[thumbnail of Ahmad Mujahideen bin Haji Yusoff.pdf] Text
Ahmad Mujahideen bin Haji Yusoff.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2019
Subject Heading: Hadith -- Authorities
Subject Heading: Hadith -- Evidences, authority, etc.
Number of Pages: 456
Call Number: BP136.4 .M85 2019 tes
Supervisor: Dr. Nik Yusri Musa
Programme: Doktor Falsafah
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10130
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2