Digital Special Collection Portal

Masyarakat Siam Kelantan : sejarah kependudukan dan perkembangan sosiobudaya


Citation

Suziana Razali (2020) Masyarakat Siam Kelantan : sejarah kependudukan dan perkembangan sosiobudaya. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Pemetaan sejarah kependudukan masyarakat Siam di Kelantan masih menjadi polemik para pengkaji sejarah. Justeru, objektif pertama kajian ini adalah untuk merungkai dan mengesan sejarah awal kependudukan masyarakat Siam Kelantan yang bermula dari Utara Thailand sehinggalah ke Semenanjung Tanah Melayu. Objektif kedua adalah mengetahui bentuk sosiobudaya masyarakat Siam Kelantan dengan mengambil kira sejarah asal usul dan objektif ketiga adalah penerimaan masyarakat Siam Kelantan terhadap bentuk sosial masyarakat Melayu. Bagi memperolehi dapatan kajian, kaedah pensejarahan melalui dokumentasi dan juga wawancara akan digunakan. Pengkaji juga merujuk hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu melalui jurnal, artikel, majalah dan juga buku-buku yang berkaitan. Pengkaji telah menemubual mantan Pengerusi Siam Kelantan iaitu Encik Siri Neng Buah selaku Pakar Rujuk Adat dan Budaya Negara bagi mendapatkan maklumat. Kaedah analisis yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data dalam kajian ini adalah berbentuk analisis deskriptif penjadualan. Oleh itu, pada akhir kajian pengkaji telah menghasilkan peta kependudukan masyarakat Siam yang bermula di Sukhothai dan berakhir di Tanah Melayu untuk memenuhi objektif pertama. Bagi objektif yang kedua, pengkaji menghuraikan dengan lebih mendalam mengenai bentuk sosiobudaya masyarakat Siam Kelantan seperti makanan, pakaian, bahasa dan kesenian. Seterusnya, bagi objektif yang ketiga pula, pengkaji telah mengenalpasti penerimaan masyarakat Siam Kelantan dari sudut pergaulan, komunikasi, pekerjaan, pemakaian dan juga makanan. Berdasarkan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa sejarah awal kependudukan Siam Kelantan sememangnya berasal dari Sukhothai dan penemuan ini dikuatkan lagi dengan kajian lapangan pengkaji ke Sukhothai, Thailand. Hubungan di antara kedua-dua buah negara terjalin erat kerana nilai sejarah keturunan asal Siam serta pengekalan identiti asal ini sangat penting untuk generasi akan datang.

Download File / URL

[thumbnail of Suziana binti Razali.pdf] Text
Suziana binti Razali.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2020
Number of Pages: 158
Call Number: DS595.2.T53 S89 2020 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Nur Azuki bin Yusuff
Programme: Master of Literature
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10124
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2