Digital Special Collection Portal

Pengaruh dialek Kelantan dalam komunikasi semasa proses pembelajaran terhadap tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah.


Citation

Nuradlin Syafini Nawi (2020) Pengaruh dialek Kelantan dalam komunikasi semasa proses pembelajaran terhadap tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penyesuaian bahasa komunikasi amat diberi penekanan supaya komunikasi berkesan dapat dihasilkan. Rakyat Kelantan menggunakan dialek Kelantan yang unik ketika berinteraksi. Penutur dialek biasanya sukar bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik. Hal ini menyebabkan penutur dialek mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah ketika berinteraksi secara interpersonal dan awam. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti fungsi penggunaan dialek dalam proses pembelajaran di dalam kelas dan menganalisis pengaruh dialek berkenaan dalam mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan. Kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian tidak turut serta digunakan untuk mengumpul data. Manakala, kaedah analisis tematik berserta pendekatan Teori Akomodasi Diri dan Teori Efikasi Diri digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil dapatan mendapati dialek bukan faktor utama yang mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan. Malahan, antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar ialah kemahiran komunikasi yang lemah, keyakinan diri yang rendah, dan kurang dorongan daripada orang sekeliling.

Download File / URL

[thumbnail of Nuradlin Syafini Nawi.pdf] Text
Nuradlin Syafini Nawi.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 30 Jun 2021 00:28
Last Modified: 28 Jun 2022 13:21
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10113
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2