Digital Special Collection Portal

Pakaian perempuan Melayu Kelantan: faktor dan kelestarian elemen Melayu Islam


Citation

Norulzaila Ismail (2020) Pakaian perempuan Melayu Kelantan: faktor dan kelestarian elemen Melayu Islam. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Dinamisme pakaian perempuan Melayu Kelantan telah melalui era perubahan yang pelbagai. Wujud pengaruh luar seperti Barat dan Korea dalam gaya berpakaian tersebut. Kajian ini berobjektifkan untuk mengenal pasti perubahan fesyen pakaian perempuan Melayu di Kelantan dalam tempoh (1990-an - 2000-an) dan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya berpakaian dalam kalangan perempuan Melayu di Kelantan serta mencadangkan elemen-elemen budaya Melayu Kelantan dalam amalan berpakaian yang berlandaskan syariat Islam untuk perempuan Melayu Kelantan. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif dan data diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan temu bual separa berstruktur. Manakala data dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti versi 7.0. Hasil kajian menunjukkan perubahan fesyen dalam masyarakat Melayu Melayu di Kelantan (1990-an - 2000-an) dipengaruhi oleh Barat dan Korea. Faktor sosial seperti artis, masyarakat sekeliling, rakan sebaya dan media sosial merupakan faktor utama yang mempengaruhi masyarakat Melayu Kelantan dalam memilih gaya diikuti faktor personal, faktor psikologi dan faktor budaya. Antara elemen yang dilestarikan ialah elemen nilai, bentuk, gaya, hiasan, prinsip, jenis pakaian, struktur dan fabrik. Kajian ini juga mengemukakan cadangan untuk melestarikan elemen Melayu Islam dalam gaya berpakaian iaitu pereka fesyen perlulah mendalami dan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan batasan, konsep aurat dan syariat-syariat mengikut agama Islam dan pihak kerajaan juga boleh menganjurkan fesyen muslimah dengan mengekalkan elemen Melayu Islam dalam rekaannya serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlulah mengkaji semula langkah yang terbaik untuk memartabatkan gaya berpakaian masyarakat Melayu dengan mewujudkan satu industri yang khusus untuk menghasilkan pakaian yang menepati ciri-ciri Melayu dan Islam dalam rekaanya. Kesimpulannya kajian ini dapat memberikan input kepada semua pihak terutamanya institusi pendidikan, institusi keluarga, peniaga, ibu bapa, masyarakat Melayu dan pihak berkuasa dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat Melayu Kelantan tentang pemilihan gaya berpakaian yang selari dengan tuntutan agama dan mengekalkan elemen Melayu Islam dalam berpakaian.

Download File / URL

[thumbnail of Norulzaila Binti Ismail.pdf] Text
Norulzaila Binti Ismail.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2020
Number of Pages: 200
Call Number: BP190.5.C6 N67 2020 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Nur Azuki Yusuff
Programme: Master of Literature
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10107
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2