Digital Special Collection Portal

Peranan dan strategi pengurusan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf


Citation

Mohamad Hilmie Mat Daud (2020) Peranan dan strategi pengurusan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Wakaf merupakan amalan yang mampu memberi sumbangan besar kepada kesejahteraan masyarakat. Amalan yang dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. ini telah memberikan banyak manfaat terutamanya dalam penyediaan kemudahan awam, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Amalan wakaf yang wujud pada hari ini didapati belum memberikan impak seperti yang diharapkan. Pengurusan yang baik perlu digarap bagi membolehkan wakaf menyerlahkan potensinya yang sebenar. Strategi pengurusan yang cemerlang merupakan salah satu prasyarat untuk melonjakkan peranan dan sumbangan amalan wakaf kepada masyarakat. Kajian ini dilaksanakan dengan objektif untuk menjelaskan peranan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemegang amanah tunggal dalam menguruskan dan membangunkan harta wakaf serta meneroka pelaksanaan fungsi dan aspek pengurusan wakaf oleh MAIN. Kajian ini juga meletakkan objektif untuk menjelaskan proses transformasi pengurusan wakaf di MAIN dan seterusnya mencadangkan sebuah kerangka pengurusan wakaf yang bersesuaian dalam konteks di MAIN. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan kajian kes. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah temu bual mendalam sebagai kaedah pungutan data yang utama, selain kaedah pemerhatian dan kajian dokumen sebagai kaedah sokongan. Data kajian telah dianalisis melalui kaedah analisis tematik dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Seramai 12 orang yang terlibat secara langsung dalam pengurusan wakaf telah dipilih sebagai informan kajian melalui kaedah pensampelan bertujuan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat lima langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan keberkesanan MAIN sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf, iaitu memperbanyakkan kerjasama strategik, menambahkan pelantikan nāẓir, ejen atau mutawallī, menggubal enakmen wakaf, melaksanakan projek pembangunan hartanah komersial dan memperkembangkan segmen wakaf tunai. MAIN juga wajar melaksanakan keempat-empat fungsi pengurusan dengan memberikan tumpuan kepada fungsi perancangan dan pengorganisasian. Kajian mendapati tiga aspek pengurusan yang kritikal untuk dilaksanakan oleh MAIN iaitu pengurusan kajian, pengurusan pemasaran dan pengurusan pelaburan, di samping dua aspek lain iaitu pengurusan hartanah dan pengurusan maklumat. Seterusnya kajian ini telah membina sebuah kerangka pengurusan wakaf yang dijangka memberi impak positif kepada MAIN. Dapatan kajian ini diharapkan boleh memberi sumbangan yang bernilai ke arah penambahbaikan pengurusan wakaf di MAIN.

Download File / URL

[thumbnail of Mohamad Hilmie Bin Mat Daud.pdf] Text
Mohamad Hilmie Bin Mat Daud.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2020
Number of Pages: 393
Call Number: BP170.25.M64 2020 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Mohd Zain bin Mubarak
Programme: Doktor Falsafah
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10094
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2