Digital Special Collection Portal

Pelaksanaan kurikulum Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam penerapan nilai akhlak kanak-kanak di Petra Jaya, Kuching, Sarawak


Citation

Lina Mastura Jusoh (2020) Pelaksanaan kurikulum Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam penerapan nilai akhlak kanak-kanak di Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penekanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak perlu dititikberatkan lantaran gejala keruntuhan akhlak kanak-kanak semakin serius. Dalam pendidikan, kurikulum berperanan sebagai satu mekanisma bagi memperkasakan keperibadian dan akhlak kanak-kanak. Namun, terdapat beberapa cabaran dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam. Antaranya adalah kegagalan guru dalam memahami konsep kurikulum pendidikan Islam, kelemahan pengajaran dan pembelajaran, kelemahan pengurusan kekurangan rujukan berpaksikan tauhid dan aktiviti kokurikulum yang tidak selaras dengan visi serta misi Islam. Di Malaysia, terdapat beberapa institusi prasekolah di bawah kelolaan kerajaan, NGO dan swasta. PASTI merupakan salah satu prasekolah swasta yang dilihat semakin berkembang pesat dan menerima sambutan yang baik oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis pelaksanaan kurikulum PASTI Kawasan Petra Jaya dalam penerapan nilai akhlak kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kualitatif dan dijalankan secara kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temu bual secara mendalam, kajian kepustakaan dan pemerhatian tidak turut serta. Manakala, kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil dapatan mendapati PASTI Kawasan Petra Jaya memfokuskan pelaksanaan kurikulum dalam penerapan nilai akhlak kanak-kanak secara holistik merangkumi aspek jasmani, rohani, sosioemosi dan intelek. Keempat-empat aspek tersebut dilaksanakan melalui kaedah bermain, menghafal, bercerita, amalan kebiasaan yang baik, bersoal jawab, teladan, nasihat dan berhikmah serta ganjaran dan hukuman. Hal ini dilihat mampu menerapkan akhlak yang baik sebagaimana syariat Islam.

Download File / URL

[thumbnail of Lina Mastura binti Jusoh.pdf] Text
Lina Mastura binti Jusoh.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2020
Number of Pages: 197
Call Number: BF723.P4 L56 2020 tes
Supervisor: Dr. Zaleha binti Embong
Programme: Master of Literature
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10090
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2