Digital Special Collection Portal

Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain


Citation

Khaulah Hilaluddin (2020) Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kemelesetan ekonomi tidak dapat dielakkan dalam sistem mata wang fiat adalah satu pengajaran yang dapat diambil daripada sejarah sistem monetari. Malah, isu kenaikan harga barangan keperluan harian terus menjadi kebimbangan rakyat terhadap ketidakstabilan ekonomi semasa negara. Oleh hal demikian, isu penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif mata wang sering kali dibangkitkan. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kesedaran dan keyakinan yang tinggi daripada masyarakat setempat tentang keistimewaan dan kestabilan nilai dinar emas dan dirham perak. Ia menjadi kekuatan ekonomi umat Islam. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hadis-hadis tentang harga dinar emas dan dirham perak. Kemudiannya, meneroka harga barangan dan perkhidmatan berdasarkan dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain. Akhir sekali, penyelidik membandingkan harga barangan dan perkhidmatan berdasarkan dinar emas dan dirham perak pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dengan harga semasa. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif dengan menganalisis kandungan hadis yang terdapat dalam al-Sahihain secara tematik. Dapatan kajian mendapati terdapat 25 hadis dan satu athar berkaitan harga barangan dan juga tiga hadis dan lima athar tentang harga perkhidmatan. Antara harga barangan yang ditemui adalah harga rumah, tanah, haiwan, unta, kambing, kuda, baju cotton (kapas), baju sutera, rantai leher, perisai dan hamba. Manakala, harga perkhidmatan pula adalah pinjaman wang (al-Qard), wakaf, cukai (jizyah), sewa rumah, sewa haiwan tunggangan (keldai), upah guru dan mas kahwin. Tuntasnya, kajian ini dapat dirumuskan bahawa harga barangan yang terdapat dalam hadis adalah sama dan bersesuaian dengan harga pada zaman era globalisasi ini. Hal ini membuktikan keistimewaan nilai yang terkandung di dalamnya (intrinsic value) dan kestabilan nilai dinar dan dirham sebagai mata wang. Hal ini juga turut menjelaskan bahawa dinar emas dan dirham perak mampu mengekalkan kuasa beli sejak 1440 tahun dahulu lagi dan berfungsi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat berbanding mata wang fiat. Sewajarnya, dinar dan dirham menjadi alat ukur nilai atau agen penilai bagi harga barangan dan perkhidmatan sekarang. Dalam hal ini, penyelidik berharap kajian
ini dapat membuka mata masyarakat agar bersama-sama memartabatkan dinar dan dirham sebagai mata wang Islam yang terunggul. Hal ini kerana penggunaan dinar dan dirham hanya dapat digunakan dengan adanya kesedaran keagamaan untuk menjaga maqasid syariah iaitu hifz al-Mal (memelihara harta) bagi memperkasakan sistem kewangan Islam yang bebas daripada riba, penipuan (gharar) dan perjudian (maysir) yang haram di sisi Islam. Semoga apa yang diharapkan ini mampu dicapai bagi menjamin kemaslahatan ummah seluruhnya.

Download File / URL

[thumbnail of Khaulah Binti Hilaluddin.pdf] Text
Khaulah Binti Hilaluddin.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 24 Jun 2021 03:53
Last Modified: 28 Jun 2022 12:05
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10089
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2