MAJLIS PERASMIAN SCCIP 2024
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM "SUSTAINABALITY IN THE CULTURAL AND CREATIVE INDUSTRIES: ASEAN & BEYOND (SCCIP 2024)" Sempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab kepada Kebudayaan dan Kesenian Ke-11 (AMCA Ke-11) dan Tahun Melawat Kelantan 2024, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menganjurkan Program “Sustainability in the Cultural and Creative Industries: ASEAN & Beyond (SCCIP 2024)” pada 3 hingga 8 Jun 2024 di Kota Bharu, Kelantan. Penganjuran Program Kebudayaan ini bertujuan meningkatkan kesedaran, bertukar kepakaran, pengalaman dan idea mengenai isu-isu semasa berkaitan aktiviti dan promosi kebudayaan, khususnya dari segi sumbangan kepada ekonomi kreatif selain mempamerkan keunikan khazanah seni, budaya dan warisan Negeri Kelantan. Program ini akan menampilkan pelbagai aktiviti dan acara seni, budaya warisan, termasuk forum antarabangsa, perbincangan panel dan peserta, aktiviti asimilasi budaya, pengalaman budaya kreatif serta lawatan budaya yang akan melibatkan penyertaan 30 orang pengamal budaya dan industri kreatif dari 10 negara anggota ASEAN. #MyMOTAC #MySeniBudaya #MalaysiaTrulyAsia #ASEAN #AMCA11 #MalaysiaMADANI #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #malaysiamadani

Ikut transkrip.

OfficialUMK

4.71K pelanggan
Main semula sembang langsung dimatikan untuk video ini.