SNI : Raja Besar dalam negeri Nyior Gading? R : Ho Gading, H-O Gading, ini kisah tujuh beradik anak dia tujuh [7] beradik tujuh orang anak Raja Besar Ho Gading ini nama negeri kisah dia tujuh [7] beradik itu dia macam adik-beradik dia itu dengki adik bongsu. Adik bongsu saja [sahaja] boleh memerintah negeri itu sebab sekira ayah sudah meninggal yang ini sahaja yang boleh memerintah negeri, yang lain tidak boleh, dia adik abang-abang dia ini marah buat satu helah (bunyi ekzos motorsikal) bawa adik dia gi [pergi] ke padang luas buang adik dia ke dalam telaga. SNI : Abang yang sulung ke? R : Yang sulung, yang tengah dengan yang enam [6] orang itu buang adik bongsu. SNI : Adik bongsu la yang kena? R : Adik bongsu la yang kena jadi raja, ini kisah nabi, dulu kisah nabi Yusuf ke apa tujuh [7] beradik buang sampai satu [1] masa tok peraih [peniaga] sireh lalu tolong dia. SNI : Tolong yang mana? R : Tolong yang jatuh dalam telaga yang buang dalam telaga itu. Dia balik dia oyak [bagitahu] bagitahu ayah dia raja besar adik dia adik mati makan ko [oleh] rima [harimau] sedangkan dia sudah buang. SNI : So [jadi] apa yang akan terjadi kepada adik dia ? R : Apabila dia jatuh itu dia terpegang kepada batu. Dia boleh naik atas sedang molek [elok] tok peraih [peniaga] sirih dengan anak dia nak [hendak] menjaja sireh berhenti situ nok [hendak] minum air jumpa dia, kara [imba] naik wak [bawa] balik rumah dia duduk tetapi pasal dia ini bersidi sakti dia sudah pulih apa ini tok peraih [peniaga] sireh hidup susah makan orang kata kais pagi makan pagi dia pulih menjadi kaya, dia pun terkenal dengan raja muda memerintah kampung itu apa, satu masa raja itu terdengar sapo [siapa] napok [nampak] sohor [terkenal] sangat nama, suruh [menyuruh] orang pergi panggil dia, panggil la dia maghi [mari] jupo [jumpa] ayahanda dia ini, jupo [jumpa] ayah dia syak sudah macam muka anak dia, dia tanya-tanya memang anak dia, terkejut la kan ayah dia yang lain oyak [bagitahu] dia sudah mati dimakan rimau [harimau] lepastu [selepas itu] panggil. Dia pergi cerita la apa yang telah berlaku abang-abang dia hasad dengki dia nak [hendak] bunuh dia gini-gini[(macam ini]. Ayah dia pun panggil hok [yang] lain terkejut la adik-beradik lain, ayah dia pun pukul la nak [hendak] bagi hukuman lepahtu [selepas itu] dia sudah maafkan abang-abang dia cuma dengan syarat abang-abang dia tidak boleh memerintah negeri. Jadi hidup dengan senang lepahtu [lepas]. SNI : So [jadi] diorang bersama kembali la? R : Bersama kembali lah tetapihanya Raja Bongsu boleh memerintah negeri, adik beradik dia pun tidak boleh abang-abang tidak boleh