SNI : Cerita Gading bertimang? R : Gading bertimang ini mengisahkan dia anak dia hilang ghaib anak pertama hilang dibuai, anak kedua pun hilang masuk anak ketiga tidak hilang dia niat kalau sekiranya anak ketiga ini tidak hilang dia akan bagi kepada gajah putih gading hitam dia bubuh [letak] nama “Gading Bertimang” nama tuan puteri la ini. SNI : Gading tu nama tuan puteri ke? R : Gading nama gajah tetapi nama Tuan Puteri Gading Bertimang, dia bagi gajah -itu sebenarnya jelmaan adik-beradik dia pasal [sebab] dia nak [hendak] macam sudah ayah dia macam apa ayah dia ini macam sudah berniat dia takut tidak lepas ayah dia berniat dia terpaksa jelma diri dia menjadi gajah wak [bawa] lari adik dia nak [hendak] lepas niat ayah dia. SNI : Gading bertimang ini pasal kehilangan anak? R : Pasal [tentang] anak yang hilang anak kemudian anak yang ketiga dia sudah berniat sekiranya anaknya tidak meninggal tidak mati dia akan bagi kepada gajah putih gading hitam, niat dia lah SNI : So [Jadi], ending [penamat] dia bagi tidak? R : Ending [Penamat] dia akhir sekali ayah dia tidak tahu anak dia masih hidup memang sejak dari kayangan itu dia pun ada cakap dia ini sebenarnya ayahanda anak ayahanda yang ghaib dulu buai dulu dia cakap terpaksa menjadi gajah putih gading hitam mengamuk dalam negeri ini untuk melepas niat ayahanda dulu baru dia tahu anak tetapi tidak leh [boleh] kahwin dengan anak dia, anak dia terpaksa kahwin dengan orang lain itu adik-beradik dia abang dia.