SNI : Kalau macam cerita Endeng Tejali, dia ada tiga kan? R : Ya, dia punya ini anak Raja Gondang, watak Raja Gondang dia punya-- SNI : And [dan] then [kemudian] Tejali itu apa maksud dia ? R : Endeng Tejali nama orang. SNI : Nama anak raja ke? R : Dia macam bukan sebenarnya asal silah [asal usul] raja ini ada hukuman untuk dia sebenarnya apabila dia raja perlukan dia raja lepas pada hukum yang dia pasung Endeng Tejali. SNI : Dikatakan dengan anak Raja dengan Batak Raja Bongsu Sakti? R : Dia ini apabila sudah pergi ke satu [1] tempat dia berjumpa dengan tuan puteri kahwin tuan puteri sebenarnya dia daripada dalam laut tuan puteri itu, dia kahwin dengan Endeng Tejali. Cerita macam dongeng la kalau kita benda tidak logik, apabila kapal dia berlayar sudah dipukul ombak, dia jatuh dalam satu [1] laut berkenan dengan tuan puteri kahwin, apabila kahwin-- SNI : Endeng Tejali itu berkenan kat [dekat] tuan puteri? R : Tuan Puteri itu keturunan raja, keturunan macam naga, dia Endeng Tejali ini pasal raja dia ada tiga [3] beradik berebut harta berebut negeri nak [hendak] memerintah negeri. ( bunyi orang berjalan sambil bercakap) SNI : Anak Raja Gondang? R : Anak raja ini anak kepada raja Endeng Tejali. SNI : Ini semua anak dia ke? R : Ya, semua.