SNI : Dia ada dua [2], cerita yang kedua Dewa Pencil, boleh Mami ceritakan serba sedikit? R : Dewa Pencil mengisahkan keluarga lah, macam menantu mak mertua ini dia tidak sukakan menantu dia sebab menantu dia pemalas lah sebab dia tidak bape [seberapa] rajin bekerja dia berkenan dengan orang lain dia suruh [menyuruh] anak dia itu kahwin dengan orang lain ada simbolik di situ dia halau lah halau menantu dia sedangkan menantu dia ini seorang orang yang kira bijak pandai lah, orang dewa-dewa juga sampai satu masa dia dah [sudah] apabila semua berlaku dalam keadaan banyak la pergolakkan itu akhir sekali mak mertua dia ini ikut menantu dia balik asal lah dengan dengan isteri dia apa. SNI : Tentang kekeluargaan la Dewa Pencil ini, so [jadi] cerita ketiga Dewa Sakti, apa yang cerita Dewa Sakti ini? R : Dewa Sakti ini cerita ini jee [sahaja] dia banyakkan ada macam ada kita panggil Bongsu Sakti pun kita panggil dia ada dua [2]